Sunday 6 May 2012

buletin

http://media1.picsearch.com/is?MOrzzkwnKNdiE1ubQcoEj4Ru5APP-Fi4IftVunKuEyIBULETIN PPDa
21 Mac 2012

Bahaya Menanti Perokok Pasif
Mohamed Izham Mohamed Ibrahim (PhD)

Tabiat buruk merokok semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia walaupun kerajaan telah menetapkan peraturan larangan merokok di kawasan tertentu. Tingkahlaku individu tidak bertanggungjawap ini seolah-olah sengaja tidak menghormati masyarakat umum yang tidak merokok dan mencabar kewibawaan undang-undang.

Mengapa Rokok Bahaya?

Asap rokok mengandungi ribuan bahan kimia beracun. Bahan utama yang terdapat dalam rokok ialah tar, nikotin dan karbon monoksida. Nikotin merupakan drug yang boleh menyebabkan ketagihan yang terkandung dalam tembakau. Lebih memburukkan keadaan lagi ialah penggunaan racun serangga dalam penjagaan pokok tembakau berserta pelbagai bahan kimia lain yang ditambahkan semasa proses pembuatan rokok. Dengan ini jelaslah bahawa merokok merupakan satu tabiat yang merbahaya dan rokok bolehlah dianggap sebagai "kilang yang menghasilkan pelbagai bahan kimia beracun".

Siapa Itu Perokok Pasif?

Perokok pasif ialah mereka yang secara tidak sengaja dipaksa menyedut asap rokok yang dihembuskan oleh perokok. Asap rokok yang dibebaskan ke udara ini dikenali sebagai 'Asap Tembakau Persekitaran' (ETS- Environmental Tobacco Smoke).

Mengapa Perokok Pasif Dalam Bahaya?

Jumlah asap yang disedut oleh perokok pasif bergantung kepada: 
  • saiz dan pengalihan udara kawasan di mana individu itu berada
  • jumlah perokok dalam kawasan tersebut
  • jumlah rokok yang dihisap oleh perokok
Ada laporan menunjukkan bahawa seorang perokok pasif menyedut lebih banyak bahan beracun berbanding dengan seorang perokok. Bukan perokok yang terdedah kepada ETS di tempat kerja bolehlah disamakan dengan menyedut 5-6 batang rokok setiap hari. ETS boleh menyebabkan bukan perokok mendapat penyakit kanser paru-paru. Menurut kajian lagi bukan perokok yang tinggal serumah dengan seorang perokok mempunyai 2 kali lebih kemungkinan untuk mendapat kanser paru-paru. Perokok pasif juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar. Selain dari itu, ETS juga merupakan faktor utama penyebab serangan asma terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Kesimpulan

Walaupun telah banyak kajian berkenaan keburukan merokok dilaporkan, namun banyak pihak yang masih tidak serius dalam menangani gejala ini. Rokok boleh menjejaskan kesihatan bukan saja kepada perokok malah janin, bayi, kanak-kanak, serta perokok pasif yang lain.N

http://media1.picsearch.com/is?MOrzzkwnKNdiE1ubQcoEj4Ru5APP-Fi4IftVunKuEyIBULETIN PPDa
22 Mac 2012


  1. Fakta Mengenai Tembakau


    • Nama lain tembakau adalah nicotina tobacum.
    • Diperkenalkan oleh Puak Indian Amerika Utara.
    • Dibawa oleh Christopher Columbus ke Eropah pada kurun ke-16.
    • Sejak itu, penggunaan tembakau menular ke seluruh dunia.
    • Kini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan terdapat 1.1 billion perokok di seluruh dunia (47% lelaki dan 12% wanita).
    • Di Malaysia : 50% lelaki dan 18% wanita berusia 18 tahun ke atas didapati merokok.

  1. Fakta Mengenai Rokok – Pahit Tetapi Benar
    • Merokok merupakan penyebab utama gangguan kesihatan serta kematian sebelum masa dan ini boleh dielakkan.
    • Merokok menyebabkan :
      - 25% daripada penyakit jantung koronari.
      - 75% daripada penyakit saluran pernafasan kronik
      - 90% daripada kesemua kes barah paru-paru.
    • 25% daripada perokok meninggal dunia akibat diserang penyakit berkaitan dengan merokok.
    • Merokok menyebabkan komplikasi semasa mengandung, terencatnya pertumbuhan anak di dalam kandungan, kesulitan lain semasa mengandung, bersalin dan berpantang serta menyebabkan penyakit salur pernafasan kanak-kanak.
    • Merokok menggandakan risiko maut akibat serangan sakit jantung sebanyak 10-15 kali ganda berbanding bukan perokok dan pada usia yang lebih muda.
    • 85% daripada remaja yang merokok menjadi perokok tetap kemudiannya.
    • Daripada 8.3 juta kanak-kanak Malaysia, 20% akan merokok apabila dewasa dan sekurang-kurangnya 425,000 akan maut akibat penyakit berkaitan dengan merokok.
http://media1.picsearch.com/is?MOrzzkwnKNdiE1ubQcoEj4Ru5APP-Fi4IftVunKuEyIBULETIN PPDa
23 Mac 2012
Mengapa Seseorang Itu Merokok?
Antara sebab-sebab seseorang itu merokok adalah :
    • Ingin menonjolkan imej yang anggun dan hebat.
    • Ingin melambangkan kedewasaan.
    • Ingin mencuba.
    • Mengikut tingkah laku ibu bapa.
    • Pengaruh rakan sebaya.
    • Pengaruh iklan.
    • Berkemampuan untuk membeli.
    • Mudah memperolehi bekalan rokok.
Bahan Kimia Dalam Asap Rokok
Tahukah anda? Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan kita.
    • Aceton (penanggal cat)
    • Methanol (bahan api roket)
    • Naphthalene (ubat gegat)
    • Toluene (bahan pelarut)
    • Cadmium (bahan bateri kereta)
    • Vinylchlorida (bahan pembuat PVC)
    • Toluidine (pelarut industri)
    • Ammonia (pencuci lantai)
    • Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam bilik gas)
    • Arsenik (racun anai-anai atau semut)
    • Phenol (pembersih)
    • Butane (cecair pemetik api)
    • DDT (racun makhluk perosak)
    • Pyrene
    • Benzopyrene
    • Urethane
    • Nickel
    • Polonium
    • Nikotin (racun serangga dan asap)
      - menyebabkan ketagihan.
      - meningkatkan tekanan darah.
      - meningkatkan kadar denyutan jantung.
      - mengecutkan saluran darah.
Karbon Monoksida (gas ekzos kereta)
- boleh membawa maut.


http://media1.picsearch.com/is?MOrzzkwnKNdiE1ubQcoEj4Ru5APP-Fi4IftVunKuEyI



    • - menyebabkan kekurangan oksigen kepada otak, penglihatan dan otototot (tidak dapat berfungsi dengan baik).
      - mengurangkan fungsi pembersihan oleh paru-paru dan menyebabkan bahan kimia daripada asap rokok melekat di sepanjang saluran pernafasan (ini boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru).
      - kesan jangka masa panjang : saluran pernafasan membengkak dan jumlah udara yang disedut berkurangan.
    • Tar (minyak tar jalan)
      - melekat di sepanjang saluran pernafasan (seperti jelaga di sepanjang terowong asap).
      - bahan karsinogenik (bahan yang boleh menyebabkan kanser atau barah).



































http://media1.picsearch.com/is?MOrzzkwnKNdiE1ubQcoEj4Ru5APP-Fi4IftVunKuEyI


BULETIN PPDa
24 Mac 2012


  1. Penyakit-penyakit Akibat Merokok
    • Kanser - paru-paru
      - tekak
      - mulut
      - pankreas
      - pundi kencing
      - buah pinggang
      - rahim
      - esofagus
      - gaster (perut)
    • Penyakit jantung
    • Darah tinggi
    • Strok atau angin ahmar
    • Penyempitan saluran darah
    • Ulser perut atau gastrik
    • Bronkitis kronik atau Emfisima
    • Penyakit lelah bertambah teruk
    • Buta
    • Memendekkan hayat seseorang
  2. Kesan-kesan Lain Yang Dikaitkan Dengan Merokok
• Gigi rosak atau kuning.
• Cepat beruban atau kulit cepat berkedut.
• Kurang stamina atau mudah letih.
• Bibir menjadi hitam.
• Nampak selekeh dan pengotor.
• Badan dan pakaian berbau busuk.
• Menyebabkan kebakaran.
• Membazir wang.
• Kesuburan atau kelakian menurun.





http://media1.picsearch.com/is?MOrzzkwnKNdiE1ubQcoEj4Ru5APP-Fi4IftVunKuEyI

BULETIN PPDa
25 Mac 2012

  1. Kesan Merokok Kepada Remaja
• Menyebabkan kelihatan selekeh dan tidak sopan.
• Mendorong ke arah amalan buruk yang lain seperti menghidu gam, menagih dadah dan minum minuman yang memabukkan.
• Tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menambah masalah.
• Menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
• Dilabelkan sebagai remaja bermasalah dan nakal.
• Boleh dikenakan tindakan disiplin.
• Menyebabkan ketagihan yang sukar dipulihkan.
  1. Risiko Kepada Perokok Pasif
• Risiko kepada kanak-kanak
- lebih mudah mendapat lelah.
- mudah mendapat jangkitan paru-paru.
- pertumbuhan paru-paru terganggu.
- mudah menjadi perokok apabila dewasa.
- lebih terdedah kepada kanser.

• Risiko kepada wanita
- melahirkan bayi yang kurang berat badan atau menyebabkan rencatan tumbesaran bayi dalam rahim.
- melahirkan bayi yang tidak cukup bulan.
- menyebabkan keguguran atau bayi mati dalam rahim.
- lebih terdedah kepada kanser.
- mengurangkan kesuburan.
- putus haid awal.






http://media1.picsearch.com/is?MOrzzkwnKNdiE1ubQcoEj4Ru5APP-Fi4IftVunKuEyI
Faedah Tidak Merokok
• Hidup lebih lama dan lebih sihat.
• Menghindari racun.
• Mencegah penyakit.
• Meningkatkan kecergasan dan stamina.
• Nafas lebih segar.
• Gigi lebih putih.
• Kulit lebih sihat.
• Meningkatkan deria rasa dan bau.
• Rambut dan pakaian tidak berbau busuk.
• Berasa lebih segar dan segak.
• Lebih keyakinan diri.
• Melindungi orang lain.
• Menjadi teladan yang baik.
• Anak-anak lebih sihat.
• Menjimatkan wang.
• Melindungi alam sekitar.






0 comment: